rahsia

Khamis, 30 Mei 2013

How to Save Money: A Step-by-Step Guide to Build Your Wealth

How to Save Money: A Step-by-Step Guide to Build Your Wealth

 Pada hari ini anda akan mendapati bahawa pendapatan anda tidak cukup dan anda akan mendapat tekanan yang sangat tinggi  dalam kehidupan seharian anda,oleh itu saya ingin berkongsi dengan anda tentang tips-tips untuk menguskan kewangan anda.

1. Menerima gaji sepatutnya dan berbelanja kurang daripada pendapatan

Peraturan asas ini nampak mudah tetapi hakikatnya sukar untuk dilaksanakan.Anda perlu tahu sama ada anda menerima gaji yang sepatutnya berbanding kepakaran, keupayaan, produktiviti dan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada anda. Menerima gaji rendah daripada yang sepatutnya, walaupun RM1,200 setahun akan memberi kesan yang besar dalam jangka panjang.

Tidak kira berapa gaji anda, jangan sesekali berbelanja melebihi pendapatan.Adalah lebih mudah untuk menyekat perbelanjaan daripada memperoleh pendapatan lebih. Berjimat walaupun sedikit boleh memberi kesan yang besar pada tabungan.

2. Rancang dan patuhi jadual perbelanjaan (budget)

Rancang perbelanjaan anda. Anda tidak akan mampu berbelanja dan menyimpan pada masa yang sama tanpa perancangan kewangan yang betul.

3. Lunaskan hutang kad kredit
Berterus-terusan mempunyai hutang kad kredit adalah satu kesilapan paling besar. Memang terlalu mudah untuk menggunakan kad kredit tetapi amat payah untuk melunaskan hutang dan akhirnya anda akan terus dibeban hutang..yang BESAR!


4. Mencarum dalam pelan persaraan

Jika syarikat anda menyediakan pelan persaraan, jangan lepaskan peluang untuk mencarum. Jika tiada, pertimbangkan pelan atau skim lain yang disediakan untuk pekerja.


5. Menabung.

Pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya lima peratus ke 10 peratus daripada gaji sebelum menyelesaikan segala bil. Cara paling baik, buat potongan secara automatik untuk akaun yang berbeza.


6. Melabur.

Pastikan anda membuat pelaburan - jika masih ada wang lebih selepas mencarum untuk skim persaraan atau skim simpanan pekerja dan menabung dalam akaun simpanan.Akaun yang saya syorkan untuk anda adalah Tabung Haiji,ini kerana kita akan dapat dividend yang kompetitif da n sekaligus kita dah  bayar zakat sekali sekiranya kita melabur di tabung haji.


7. Tingkatkan caruman skim kemudahan untuk pekerja

Tambah nilai caruman anda pada skim kemudahan yang disediakan untuk pekerja. Ia akan membantu anda mengurangkan pembayaran cukai dan membataskan perbelanjaan yang tidak perlu.


8. Semak liputan insurans

Ramai orang membeli insurans dengan bayaran premium yang tinggi tanpa terlebih dulu menyelidik sama ada ia perlu atau tidak. Pastikan anda mempunyai insurans secukupnya tetapi pada masa yang sama tidak membebankan kedudukan kewangan.


9. Kemas kini wasiat

Lindungi orang yang disayangi. Pastikan anda membuat wasiat tidak kira berapa sedikit pun harta anda. Kira-kira 70 peratus warga Amerika tidak mempunyai wasiat.


10. Simpan rekod kewangan dengan baik

Jika anda tidak menyimpan semua rekod perbelanjaan, anda mungkin terlepas pandang untuk mendapatkan pengecualian cukai untuk perbelanjaan tertentu.Pada masa kini terdapat banyak kemudahan yang anda boleh gunakan untuk merekod keewangan anda dengan lebih efektif,sekiranya anda menngunakan telefon seperti android anda boleh mendapatkan applikasi untuk merekod keewanagan anda dengan efisen,anda boleh menggunakan apps seperti Daily Money untuk track ke mana perginya duit anda.

11.)Akhir sekali tips daripada saya
THE EARLIER THE BETTER.,sinonim dengan peribahasa ini,,lagi cepat lagi bagus,,ini kerana sekiranya anda ingin mencorak langkah pada usia yang sangat tua,anda akan menyesal pada hari itu.
dengan itu marilah kita sama2 mengamalkan kewangan yang SIHAT :)

SEKIAN TERIMA KASIH ;)